Notis Perlindungan Data Peribadi
Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") ini menerangkan bagaimana LPX Consultancy Sdn Bhd, syarikat induk dan anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama ("WATAKONGSI") menggunakan Data Peribadi anda.
Pengumpulan Data Peribadi
"Data Peribadi" bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada WATAKONGSI dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh WATAKONGSI dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan WATAKONGSI Data Peribadi anda, WATAKONGSI tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan di bawah.

Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan WATAKONGSI tidak dapat menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.
Sumber di mana Data Peribadi anda diperoleh
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada WATAKONGSI secara langsung, WATAKONGSI mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti: -

  • apabila anda mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa bentuk

  • daripada sumber-sumber awam seperti direktori;

  • daripada laman Facebook WATAKONGSI, jika anda mengikuti, "like", atau adalah seorang pengikut laman tersebut;

  • daripada agensi pelaporan kredit;
    apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan WATAKONGSI di mana-mana acara atau aktiviti;

  • apabila anda memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh WATAKONGSI;

  • daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah WATAKONGSI; atau

  • dengan menggunakan laman web WATAKONGSI, yang merangkumi semua laman web yang dikendalikan oleh LPX Consultancy Sdn Bhd dan di bawah nama-nama jenama masing-masing ("Laman Web").
Tujuan Pemprosesan
WATAKONGSI mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti WATAKONGSI yang termasuk, tanpa had, tujuan berikut ("Tujuan"): -

  • Di mana anda seorang pelanggan WATAKONGSI:

    • untuk melaksanakan obligasi WATAKONGSI berkenaan dengan sebarang kontrak yang dibuat dengan anda;

    • untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan atau produk yang anda minta;

    • untuk memproses langganan anda dan untuk menyampaikan langganan kepada anda;

    • untuk memproses pembelian anda atau permintaan untuk ruang iklan;

    • di mana anda telah memohon bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan, untuk memproses permohonan anda, untuk menyampaikan bahan-bahan kepada anda, untuk memberikan anda lesen untuk kandungan yang anda ingin gunakan;

    • untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian penyelidikan, pertandingan, promosi, polls, kaji selidik atau mana-mana produksi;

    • untuk memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan anda untuk langganan dengan WATAKONGSI dan untuk memberikan anda manfaat yang ditawarkan kepada pelanggan;

    • untuk mengesahkan pembelian anda dan memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda minta;

    • untuk memahami dan menganalisis jualan kami serta keperluan dan pilihan anda;

    • untuk membangunkan, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;

    • untuk memproses pertukaran atau pulangan produk;



  • Di mana anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan:

    • untuk tujuan menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk;

    • untuk memudahkan atau membolehkan pemeriksaan yang mungkin diperlukan oleh WATAKONGSI untuk tujuan penggajian anda;

    • untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh anda;

    • untuk menghubungi anda atau syarikat anda;



  • Am:

    • untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;

    • untuk berkomunikasi dengan anda untuk mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini;

    • untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data;

    • untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;

    • untuk WATAKONGSI mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;

    • dan anda bersetuju kepada WATAKONGSI menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara yang seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini.
Tujuan Pemasaran Dan Promosi
WATAKONGSI juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti ("Tujuan Tambahan"): -

  • menghantar amaran berita, surat berita, berita pengemaskinian, mel, bahan promosi, tawaran istimewa, salam perayaan daripada WATAKONGSI, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;

  • untuk memberitahu dan menjemput anda kepada acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh WATAKONGSI, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;

  • untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;

  • untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan kongsi, pengiklan, syarikat pengurusan acara atau penaja yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka;

  • melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), melalui tangan dan/atau melalui e-mel.

Jika anda tidak memberi persetujuan kepada WATAKONGSI untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan, sila maklumkan WATAKONGSI dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah.
Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah WATAKONGSI yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan WATAKONGSI terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Selanjutnya, WATAKONGSI mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had): -

  • ejen penghantaran seperti vendor akhbar dan agen akhbar;

  • rakan kongsi WATAKONGSI dan pengiklan, yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka;

  • entiti di bawah WATAKONGSI;

  • pengkaji data;

  • penyedia perkhidmatan teknologi maklumat;

  • penyedia perkhidmatan undang-undang, audit, penasihat, kewangan dan insurans;

  • agensi pelaporan kredit;

  • agensi kerajaan;

WATAKONGSI akan memberikan akses kepada, mendedahkan dan/atau berkongsi Data Peribadi anda kepada syarikat dan individu yang WATAKONGSI gunakan untuk melaksanakan perkhidmatan atau memproses transaksi bagi pihak WATAKONGSI, atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau kawal selia. Apabila diperlukan, WATAKONGSI mungkin meminta mereka untuk mematuhi keperluan privasi dan keselamatan yang serupa kepada yang diguna pakai oleh WATAKONGSI.
© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd