AIRPODS BAHARU AKAN DILENGKAPI KAMERA IR MENJELANG 2026

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Airpods baru itu dijangka akan digunakan dengan Vision Pro dan keluaran headset akan datang.

KUALA LUMPUR (1 Julai) – Apple dilapor untuk memulakan pengeluaran besar-besaran AirPods baharu dengan integrasi modul kamera menjelang 2026, menampilkan ciri kamera inframerah (IR) serupa dengan ciri Face ID iPhone.

Menurut laporan berita dari portal Medium, yang ditulis oleh Ming-Chi Kuo, Foxconn akan menjadi pengeluar pengenalan produk IR berkenaan, dengan mempunyai kapasiti tahunan sekitar 18 hingga 20 juta unit, atau kira-kira 10 juta AirPods.

Kuo berkata Airpods baru itu dijangka akan digunakan dengan Vision Pro dan keluaran headset akan datang.

Jelasnya, sekiranya pengguna sedang menonton sesebuah video dengan Vision Pro serta memakai AirPods baru itu, dan pengguna memandang sesuatu arah, sumber bunyi arah itu akan ditingkatkan dengan penggunaan spatial audio.

Lebih menarik, kamera IR berkenaan juga boleh mengesan perubahan imej persekitaran, yang berpotensi membolehkan kawalan in-air gesture untuk meningkatkan interaksi manusia-peranti.

SUMBER GAMBAR: Apple

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd