Kes GISBH Elemen Jenayah Terancang ?

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Siasatan masih tertumpu bagi kertas siasatan fasa pertama dan kedua Op Global. - Gambar dari FB Polis DiRaja Malaysia

Siasatan polis terhadap Global Ikhwan Service Business Holding (GISBH) berkait ekploitasi kanak-kanak, mungkin akan mula menjurus kepada kegiatan jenayah terancang. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu sidang media di PULAPOL hari ini. 

Memetik laporan Berita Harian, siasatan masih tertumpu bagi kertas siasatan fasa pertama dan kedua Op Global.

“Ya, siasatan kita (polis) juga menjurus ke arah itu,” katanya ketika ditanya mengenai hala tuju siasatan polis berkait kes itu yang mungkin menjurus kepada jenayah terancang.

Polis juga mendapati terdapat struktur organisasi yang jelas dalam pengoperasian rumah amal terbabit. 

“Rumah amal itu dibahagikan kepada beberapa zon yang mana terdapat seorang pengurus yang bertanggungjawab menyelia beberapa rumah bagi setiap zon. 

“Di bawah pengurus pula, di setiap rumah amal itu mempunyai penjaga yang mengendalikan kanak-kanak iaitu abang atau kakak yang berusia lebih 18 tahun,”

“Berdasarkan temubual terhadap mangsa, kita dimaklumkan kanak-kanak ini berpindah-randah dari satu rumah amal ke rumah amal lain, mereka tidak tinggal satu tempat sahaja,”

“Itu antara modus operandi yang dikesan dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengambil keterangan pengurusan tertinggi GISBH bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, polis sudah mengeluarkan perintah larangan meninggalkan negara terhadap mereka sebaik kertas siasatan dibuka.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd