PAS Tiada Kena Mengena Dengan GISB – Hadi Awang

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
PAS tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang memalukan atau menjejaskan imej Islam.

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).

Demikian tegas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang memaklumkan parti itu tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang memalukan atau menjejaskan imej Islam.

Memetik laporan Astro Awani, Tan Sri Abdul Hadi pada masa sama menafikan laporan berita antarabangsa yang berkait mengenai kedua-dua entiti itu.

“Tak ada hubungan dengan kita langsung, walaupun beberapa media antarabangsa mengaitkan itu. Satu berita yang tidak betul, yang salah. Tak ada bukan ahli kita, tak ada kaitan dengan kita,”

Malah Presiden Pas itu juga menegaskan bahawa mereka sentiasa memantau pengurusan parti dan tidak terjejas oleh pengaruh luar,”

“dalam Pas insya-Allah kita terkawal kita ada lajnah pentadbiran kita sendiri dalam pihak lain kita tak tak ada hubungan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Temerloh pada Sabtu.

Pada Rabu lalu, satu operasi membanteras jenyaha iaitu Op Global dilaksanakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), menyaksikan 392 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd