Arab Saudi Jadi Tuan Rumah Olimpik Esports

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Peminat Esports pasti gembira apabila mengetahui Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kepada Olimpik Esports pertama pada tahun 2025 seperti yang diumumkan oleh Persatuan Olimpik Antarabangsa (IOC).

Mesyuarat yang dibincangkan bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Arab Saudi untuk menganjurkan sukan Olimpik Esports pertama 2025 di Arab Saudi telah mendapat kata putus sebelum Persatuan Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan hari ini.

Gambar daripada SPORTS

Mereka akan bentangkan usul ini dalam Sidang IOC yang akan diadakan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Justeru, tempoh perkongsian antara IOC dan NOC Arab Saudi akan berlangsung selama 12 tahun dengan Permainan Olimpik Esports diadakan secara berkala.

Riyadh juga sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Esports pada Julai dan Ogos yang bakal melibatkan seramai 2,500 pemain akan bersaing untuk hadiah wang sebanyak $60 juta (RM300 juta).

IOC telah berusaha menyelaraskan tradisi Olimpik dengan gaya moden, mengadakan “minggu e-sukan Olimpik” pertama di Singapura pada Jun 2023 menerusi 10 acara bagi kategori campuran.

Pada Oktober lalu, IOC telah menubuhkan “jawatankuasa e-sukan” yang dipengerusikan oleh David Lappartient dari Persatuan Sukan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi pertandingan melibatkan peruntukkan khas.

Walau bagaimanapun, Presiden IOC, Thomas Bach sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak melihat e-sukan sebagai sebahagian daripada Olimpik.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd