Kes Sherine Chong: Membunuh Dan Bunuh Diri Punca Kerana Hutang

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Polis Thailand telah mengenal pasti seorang warga Vietnam-Amerika, Sherine Chong sebagai suspek yang dipercayai bertindak meracuni lima mangsa yang lain di hotel mewah Grand Hyatt Erawan di Bangkok, sebelum membuat keputusan membunuh diri dengan racun yang sama.

Polis mengesyaki punca kematian berkemungkinan kerana keracunan sianida. Hospital Chulalongkorn berkata pada hari Rabu 17 Julai lalu, bedah siasat telah dilakukan ke atas enam orang yang ditemui mati di suite hotel yang sama. Hasil bedah siasat telah menemui kesan sianida dalam badan mangsa.

Gambar hotel kes pembunuhan berlaku – sumber El Mundo America

Dr Kornkiat Vongpaisarnsin berkata, mayat itu menunjukkan kesan bahan kimia yang bertindak pantas dan mangsa mempunyai kesan bibir berwarna ungu kerana kekurangan oksigen. Ketika diminta mengulas tentang kes ini kepada pemberita, Dr Kornkiat Vongpaisarnsi berkata, beliau masih menjalankan lebih banyak ujian terhadap mangsa.

Penyiasat Thai, Mejar Jeneral Polis Theeradej Thumsuthee yang menjalankan siasatan telah membuat kesimpulan kes ini berpunca kerana hutang selepas menyoal saksi dan anak perempuan salah seorang mangsa yang maut. Theeradej Thumsuthee merupakan ketua penyiasatan Biro Polis Metropolitan Bangkok berdasarkan akhbar Thai Khaosod dan Bangkok Post pada 17 Julai lalu.

Kesimpulan ini dibuat terhadap suspek kerana isu hutang menjadi motif di sebalik kematian, kata Mejar Jeneral Theeradej. Polis Thailand juga tidak menyiasat suspek lain kerana Suite 502 merupakan tempat mayat ditemui, telah dikunci dari dalam dan sangat mustahil terdapat orang lain boleh masuk. Justeru, tiada suspek dari luar yang terlibat.

Gambar polis sedang berkongsi tentang kes pembunuhan kepada media – sumber Daily Mail Online

Tiada tanda-tanda pergelutan yang berlaku antara suspek dan mangsa. Penyiasat mengesyaki mangsa telah mati selama 24 jam selepas mereka ditemui mati dalam Suite 502.

Sherine Chong telah disyaki sebagai suspek meracun yang lain sebelum membunuh diri, pada 17 Julai lalu. Mejar Jeneral Theeradej berkata, kes ini berkemungkinan berpunca daripada masalah hutang. Pelaku merupakan salah seorang antara enam orang yang mati kerana hanya mereka saja yang boleh memasuki bilik itu tanpa melibatkan orang lain.

Hutang menjadi motif utama pembunuhan kerana mereka terlibat dalam pelaburan berdasarkan perjanjian pembinaan ke arah negara selatan.

Selepas menyoal saksi termasuk beberapa saudara si mati, penyiasat berkata mangsa terlibat sebagai peminjam, pemberi pinjaman dan penjamin. Dua orang daripada mangsa telah berkahwin.

Mengikut maklumat daripada temu bual saksi, Timbalan Ketua Polis Bangkok, Noppasin Punsawat berkata, Chong telah diberikan pinjaman kira-kira 10 juta baht (S$374,000) oleh pasangan itu untuk melabur membina hospital di Jepun.

Polis bersama Biro Penyiasatan Persekutuan AS telah menjalankan siasatan. Kedutaan Vietnam di Bangkok berkata mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand mengenai kes ini untuk segera menyelesaikan kes yang berlaku.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd