![](https://watakongsi.com/wp-content/uploads/2024/09/HMTWPRT1809_1726645775.webp)
SUSPEK kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai anggota polis yang telah lama berkhidmat.
Polis memaklumkan suspek sudah berkhidmat lima tahun dan juga berpangkat Lans Koperal, merupakan anggota di Balai Polis Slim River.
Difahamkan juga pada 11 Julai lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim menerima laporan mengenai kehilangan mangsa.
Lantas polis menjalankan siasatan berasaskan kertas siasatan kes orang hilang dan suspek telah pun menunjukkan tempat di mana berlakunya kejadian yang berlaku di Selangor.
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.
Semalam polis melaporkan mayat bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang semalam.
Sebelum ini tular mengenai Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Mangsa yang berasal dari Sarawak itu kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.