Top 10 Tempat Menarik di Pulau Pinang

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Kalau anda memilih untuk bercuti ke Pulau Pinang, mungkin anda boleh mengikut carta top ten 10 kami destinasi wajib yang anda perlu pergi.

Pulau Pinang sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana menyediakan makanan yang sedap, menggamit suasana pekan lama dan mempunyai pelbagai tarikan yang menarik untuk pelancong.

  1. The Habitat, Bukit Bendera
Gambar kredit @jo.annee3___ & @alvin.ccl (Instagram)

Kalau anda nak tahu, Bukit Bendera merupakan satu tempat yang perlu anda pergi sekiranya berada di Pulau Pinang. Anda boleh tengok keindahan pulau di puncak paling tinggi apabila kunjungi The Habitat Penang Hill. Anda boleh menikmati pemandangan panorama secara 360 darjah serta melihat hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.

Cara nak pergi sana, anda perlu menaiki Funikular Bukit Bendera dan mengembara melalui terowong landasan sepanjang 258 kaki tapi anda kena tahu laluan di sini paling curam di dunia!

2. ESCAPE Theme Park

Dekat sini terletaknya gelongsor air paling panjang di dunia tau, sepanjang 1,111 meter, ESCAPE Theme Park memang anda wajib datang ke sini. Luangkan masa percutian anda dengan menikmati lebih 30 aktiviti yang menerujakan di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay. Anda juga boleh luncur keluang, gelongsor air, halangan tali, panjat batu dan banyak lagi.

3. Entopia by Penang Butterfly Farm

Gambar kredit @qiyiiiii (Instagram)

Kalau anda seorang pencinta rama-rama, Entopia by Penang Butterfly Farm merupakan tempat yang mesti dikunjungi di Pulau Pinang. Tempat ini mempunyai habitat bagi 15,000 rama-rama yang terbang bebas, bersama lebih 200 spesies tumbuh-tumbuhan yang lain beserta air terjun, kolam, gua dan taman seni, Entopia merupakan salah satu taman rama-rama paling besar di Malaysia.

4. The TOP Komtar

Gambar kredit @puterikasim (Instagram)

Anda perlu menikmati lebih banyak pengembaraan di Pulau Pinang dengan melihat pemandangan terbaik Georgetown. Salah satu tempat untuk anda menikmati pemandangan malam pekan ini ialah dari atas. Kalau anda nak tau, The Top Komtar merupakan bangunan ikonik Penang. Bagi tingkat 68, terdapat Rainbow Skywalk, jambatan kaca separuh bulat yang menawarkan pemandangan indah Georgetown, dengan kaca lutsinar di bahagian bawah dan di tepi jambatan.

5. The Dark Mansion 

Gambar kredit @dddayeon028 (Instagram)

Kalau anda nak lari dari cuaca panas di luar dan mahu meluangkan masa anda dengan melihat lukisan-lukisan yang berubah daripada lukisan 2D kepada ilusi optik 3D yang hebat! Anda boleh bergambar dengan orang tersayang di depan karya seni unik yang bercahaya. Anda boleh melihat lukisan yang bercahaya dalam gelap dan paling besar di dunia, sebuah karya agung oleh pakar ilusi 3D, Edgar Müller.

6. Pulau Jerejak

Gambar kredit @fara.halim (Instagram)

Pulau Jerajak merupakan pulau cukup bersejarah yang menawan, terletak cuma 10 minit dari Pulau Pinang dengan menaiki feri. Pulau yang indah ini ada banyak tempat bergambar yang cantik, termasuk jeti pelangi dan buaian sangat romantik. Pantai ini terkenal kerana ada pemandangan matahari terbenam yang menjadikan langit kelihatan berwarna.

7. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Gambar kredit @estalavistaaa (Instagram)

Anda perlu menikmati percutian pantai di salah satu pulau indah di Teluk Duyung. Tempat terpencil ini terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang, mempunyai lebih 500 jenis flora dan fauna, dan pulau paling menawan di mana anda boleh bercuti tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.

8. Jeti-Jeti Penang

Gambar daripada @_aixam (Instagram)

Dekat hujung Pengkalan Weld Pulau Pinang, terdapat beberapa jeti menjadi tarikan tepi bagan unik yang penting dalam sejarah pulau ini. Anda boleh berjalan di atas laluan kayu dan menikmati keindahan suasana kehidupan penduduk tempatan yang masih tinggal di rumah kayu di atas air. Jadi kami cadangkan kepada anda menikmati pemandangan matahari terbenam di Chew JettyLim Jetty atau Tan Jetty.

9. Avatar Secret Garden

Gambar kredit @khairulazmas (Instagram)

Jom alami dunia ajaib pada waktu malam di Avatar Secret Garden Penang. Tempat ini terletak di belakang Tokong Thai Pak Koong, taman ini telah diubah menjadi destinasi fantasi yang menawan. Lokasi ini merupakan salah satu tempat indah Pulau Pinang yang sesuai untuk percutian keluarga atau janji temu romantik!

10. Batu Ferringhi 

Gambar kredit @xcelinelimx

Batu Ferringghi merupakan tempat yang mempunyai pantai yang luas dan salah satu destinasi paling popular Pulau Pinang. Anak-anak anda boleh bermain di pantai, terbangkan layang-layang, bina istana pasir atau cuba sukan air yang ditawarkan di sini.

Rujukan:

Tempat menarik (Pulau Pinang)

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd