1990-AN adalah era dimana semua manusia memanfaatkan teknologi secara menyeluruh.
Mahu tidak mahu, zaman penuh globalisasi ini perlu seiring dengan kehendak dan kemahuan masyarakat umum.
Winamp, sebuah aplikasi yang satu ketika digunakan hampir seluruh umat manusia suatu ketika dahulu sebelum tenggelam arus pemodenan, kini muncul semula dengan ciri lebih segar pada 2024 bagi pengguna telefon pintar.
Lebih menarik, aplikasi Winamp ini boleh diintegrasikan dengan iCloud di iPhone, tetapi bersyarat.
Ia hanya boleh diakses fail media yang dipindah oleh iPhone sendiri dengan menggunakan sambungan berwayar (ibarat iTunes ke iPhone).
Berbeza pula buat pengguna Android, ciri cloud yang ada tidak memberi sebarang masalah yang rumit dan ia boleh diintegrasikan seperti biasa.
Pelancaran ini juga turut menyaksikan pihak Winamp menambah beberapa ciri khas, antaranya tab radio Hotmix, EQ yang boleh diubahsuai serta sokongan Apple Carplay.
Ia turut memasukkan ciri sosial mengikuti artis dan menyokong mencipta senarai main untuk pilihan muzik.
Sejak pertengahan tahun lepas, Winamp telah melancarkan semula pengalaman laman sesawang mereka namun menerima kritikan daripada beberapa pengulas teknologi.