Anda pernah mendengar tentang suku Mante? Sumber mengatakan suku Mante merupakan suku paling tertua orang Aceh.
Dulu pernah gempar penemuan makhluk misteri yang menyerupai orang kerdil yang terakam secara tak sengaja oleh peserta motocross di Aceh yang disangka hanya suntingan semata-mata.
Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif berkongsi pandangan selepas melihat imej yang viral mengatakan mengikut pemerhatiannya, kemungkinan gambar tersebut merupakan imej asli orang kerdil yang benar-benar wujud dan mereka daripada Suku Mante.
Beliau percaya rakaman itu boleh menjadi benar kerana hutan merupakan tempat tinggal mereka. Jadi tak mustahil kumpulan yang masuk ke hutan bakal bertemu suku kaum Mante.
Namun, beliau belum berpeluang bertemu suku kaum Mante walaupun selalu masuk hutan bagi mencari bahan-bahan untuk kajian bersama pelajar-pelajarnya.
Orang ramai lebih suka bercakap tentang makhluk yang dipanggil `mawas’ yang banyak di dalam hutan berbanding orang kerdil yang sangat jarang-jarang ditemui. Masih banyak lagi perkara yang manusia belum lagi meneroka.
Bagus sekiranya ramai pengkaji membuat penyelidikan terhadap orang kerdil suku kaum Mante yang mula mendapat perhatian.