Tupperware Bankrap? Pengeluar Bekas Plastik Yang Terkenal Fail Bankrap Di AS

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Setelah lama bertahan, syarikat Tupperware bankrap

Tupperware merupakan pengeluar bekas plastik yang terkenal telah memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tupperware Brands Corp sedang berusaha untuk menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa. Syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS.

Selain itu, syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.

Namun, siapa sangka Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk mengalami persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman pada Selasa berkata,

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat terjejas teruk akibat persekitaran ekonomi global.

“Kami mempertimbangkan banyak pilihan dan memutuskan bahawa ini adalah langkah terbaik untuk masa depan,” katanya.

Menurut kenyataan syarikat itu, langkah yang paling terbaik untuk melindungi jenama Tupperware adalah dengan menjual syarikat berkenaan.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd