Artis Terima Mesej Tak Senonoh, Dapat Tawaran Sehingga RM10,000

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Lelaki sanggup bayar RM10,000 untuk buat perkara tidak senonoh dengan artis

Pelakon Risteena, 35, mendakwa dia pernah ditawarkan wang sehingga RM10,000 oleh seorang lelaki yang cuba memancingnya untuk melakukan aktiviti tidak senonoh.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Ilyas turut berkongsi tangkap skrin perbualan mesej langsung (DM) yang diterimanya daripada individu itu di Instagram. Dalam perkongsian tersebut, lelaki itu menulis,

“Saya nak tawarkan sesuatu, tapi benda kurang baiklah. Nak ajak ‘video call’ sebenarnya, teman ‘ehem-ehem’, tapi cuma tengok sahaja bukan buat sekali.

“Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi ini rahsia antara kita,” tulis individu itu dalam media sosial cuba untuk memancing.

Kakak kepada pelakon Ruhainies itu serta-merta segera menolak tapi sangat terkejut apabila individu itu tidak berputus asa dengan menaikkan lagi tawaran harga bayaran kepadanya.

“Serius ini, saya naikkan RM7,000. Cuma tengok sahaja. Atau RM10,000,” katanya.

Isteri kepada pelakon Isa Khan itu telah memaklumkan bahawa ini bukan pertama kali dia terima mesej berunsur lucah sebegitu.

Bahkan, sudah kerap berlaku dan datang dari individu berbeza.

“Sebenarnya, saya sudah banyak kali dapat mesej lucah, pelik-pelik daripada orang yang berbeza.

“Sudah akhir zaman ini, ingat Allah ya,” katanya.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd