Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun tergamak menikam enam rakan sekelas di sebuah sekolah di utara Lisbon, pada Selasa lalu.
Anggota penyelamat berkata, daripada enam yang cedera, seorang daripada mereka, mengalami cedera parah.
Mangsa yang parah merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang ditikam di dada dan di kepala.
Mangsa lain berumur antara 12 hingga 14 tahun. Serangan itu berlaku di bandar Azambuja, kira-kira 50 kilometer di utara ibu negara Portugal.
Penyerang dikatakan sudah berjaya ditahan dan polis mula menyoal siasatnya untuk menentukan motif dan butiran serangan lebih lanjut.
Perdana Menteri Luis Montenegro mengutuk serangan itu, yang disebutnya sebagai tindakan terpencil dan yang turut dikecam oleh presiden dan kementerian pendidikan.