Lee Zii Jia Dedah Sebab Tersingkir Awal Di Terbuka China

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menjelaskan kondisi badannya belum di tahap terbaik. - Gambar dari NST

Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia sekali lagi menampilkan aksi tidak menentu, selepas beliau tersingkir awal selepas tewas dengan keputusan straight set di Kejohanan Badminton Terbuka China, petang tadi.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menjelaskan kondisi badannya belum di tahap terbaik.

“Saya mendahului agak jauh dalam set pertama dan saya tidak dapat menamatkan set pertama itu,”

“Saya masih belum di tahap terbaik. Banyak yang perlu diusahakan untuk kembali ke tahap terbaik,”

“Selepas Olimpik, keadaan badan saya agak pelik dan banyak kecederaan berlaku. Apabila saya berlatih dengan ketekalan tertentu, seluruh badan seperti siku, lutut, belakang badan akan terasa sakit,”

“Semuanya menjadi kaku. Ini adalah sesuatu yang perlu saya atasi kerana saya perlu kembali ke tahap 100 peratus untuk layak ke peringkat akhir Jelajah Dunia.” katanya selepas perlawanan dalam satu temubual bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

Dalam aksi di Olympic Sports Centre Gymnasium, Zii Jia yang berada di ranking ke-3 dunia itu, menampilkan aksi longlai selepas wakil Jepun, Koki Watanabe dilihat lebih agresif dengan corak permainan pantas sekaligus, menyaksikan Zii Jia tewas 15-21.

Bersambung set kedua, kebangkitan yang cuba ditonjolkan Zii Jia nyata meleset sama sekali, apabila beliau ketinggalan 12-0 pada suatu ketika, sebelum lawan yang berada di ranking ke-14 dunia itu berjaya menoktahkan kemenangan 21-2 dalam tempoh 29 minit.

Kekalahan Zii Jia ini mengulangi skrip sama yang berlaku di Terbuka Jepun pada Ogos lalu, selepas tewas kepada pemain tidak ternama dari Perancis, Alex Lanier, 18-21, 13-21.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd