Rombak Kohort Pendidikan Supaya Tiada Lagi Pelajar Tercicir

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Kerajaan mahu memastikan setiap pelajar tidak tercicir dalam pendidikan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhasrat mahu memastikan supaya kohort pendidikan dapat dirombak untuk mengelak berlakunya isu keciciran murid dan pelajar.

Tegasnya, terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun sudah berdaftar kerana tidak menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,

“Daripada 400,000 kohort untuk ambil SPM, yang tidak mengambil peperiksaan SPM walaupun berdaftar adalah 10,177. Mengapa itu berlaku? Kebanyakannya tidak boleh mengikuti 3M.

“Justeru, wajib dasar pendidikan yang tidak ada peperiksaan darjah 6, tingkatan 3 dan hanya ada peperiksaan tingkatan 5 saja mesti dirombak.

“Jangan jadikan pelajar-pelajar, anak murid sebagai bahan uji kaji, mereka jadi mangsa. Biar kerajaan bertukar pemimpin bertukar tapi dasar pendidikan mesti dibuat agar anak-anak kita tidak menjadi mangsa,” katanya dalam ucapan perasmian di Himpunan Agung MIC di sini.

Di samping itu, selain memberi pendidikan akademik biasa, kerajaan turut memberi keutamaan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata lagi,

“Itu sebabnya melalui dasar TVET negara Kabinet memutuskan Sijil Kemahiran Malaysia SKM 1,2 dan 3 sama taraf dengan SPM.

“Manakala, SKM 3, 4 dan 5 sama taraf diploma. Ertinya walaupun tanpa SPM lepasan TVET yang mendapat skm 3,4 dan 5 layak masuk ke universiti tanpa SPM. Terdapat 5 universiti yang menerima pelajar-pelajar ini,”

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd