Polis Siasat Jumpa Gigi Dalam Kuih Bulan

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Pasar raya tersebut telah menerima banyak aduan dan denda kerana melakukan kesalahan

Heboh dalam media sosial apabila pelanggan berkongsi video tentang penemuan gigi manusia dalam kuih bulan. Pihak berkuasa mula menjalankan siasatan terhadap sebuah pasar raya milik Amerika Syarikat di China.

Seorang wanita telah berkongsi video Douyin yang menunjukkan gigi dalam kuih bulan berisi daging bernilai 30 yuan (kira-kira RM18).

Pihak daripada Star Video melaporkan pada 5 September lalu bahawa kuih itu dibeli di Sam’s Club, Changzhou di wilayah Jiangsu, timur China,

Wanita itu berkata, dia melaporkan penemuan itu kepada polis selepas yakin gigi itu bukan milik mana-mana ahli keluarganya.

Oleh itu, seorang kakitangan di Sam’s Club di Changzhou berkata, syarikat itu sedang menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, jurucakap pengilang kuih bulan, Liu memberitahu Hongxing News, menafikan dan berasa mustahil untuk mencampurkan gigi dalam isi daging.

Liu berkata,

“Semua daging akan melalui proses pencincangan dan diperiksa mesin sinar-X yang mampu mengesan serpihan tulang.

“Insiden macam ini tidak pernah berlaku sejak lebih sedekad.”

Jabatan kerajaan berkaitan berkata, pihaknya juga sedang giat menjalankan siasatan kes tersebut.

Insiden yang membabitkan isu keselamatan makanan di Sam’s Club bukan kali pertama.

Pada 2022, seorang wanita dari wilayah Fujian, tenggara China melaporkan bapa saudaranya menemukan tiga gigi manusia tiruan dalam Swiss Roll yang dibeli daripada rangkaian kedai itu, mengakibatkan dia patah gigi apabila menggigitnya.

Walaupun kedai itu memberi jaminan mereka akan menyiasat, namun tiada keputusan dikongsikan.

Pada 2022, Sam’s Club di Nanjing berdepan denda 30,000 yuan (kira-kira RM18,185) kerana menjual produk makanan strawberi berkulat dan lokasinya di Beijing Shunyi telah dikenakan denda 65,000 yuan (kira-kira RM39,400) kerana menjual susu tepung tamat tempoh.

Sam’s Club, yang memasuki China pada tahun 1996, didenda lebih 20 kali kerana pengiklanan palsu dan isu keselamatan makanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jenama ini mempunyai 49 cawangan di seluruh China.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd