Terbuka Hong Kong: Pearly Tan-M Thinaah Akhirnya Berjaya Muncul Juara Selepas Dua Tahun Kemarau Tanpa Sebarang Gelaran

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Pearly-Thinaah tamatkan kemarau hampir dua tahun tanpa gelaran, menjuarai Terbuka Hong Kong.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah akhirnya menamatkan kemarau hampir dua tahun tanpa gelaran, apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2024, hari ini.

Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan utama negara itu pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.

Pada aksi final yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, Pearly-Thinaah yang turun sebagai pilihan ketiga kejohanan mempamerkan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.

Ranking dan rekod jelas tidak memberi sebarang kesan kepada gandingan negara itu yang berjaya merakam set pertama dengan kemenangan 21-14.

Skrip sama turut berulang di set kedua, Pearly-Thinaah tidak berdepan sebarang masalah untuk menoktahkan perlawanan juga dengan keputusan 21-14, dalam pertarungan 37 minit.

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.

Kali terakhir gandingan di ranking kelapan dunia itu meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd