Menara Merdeka 118, kebanggaan Malaysia yang diiktiraf sebagai menara kedua tertinggi di dunia pada awal tahun ini, kedudukannya selepas ini mungkin akan dicabar sebuah menara yang bakal disiapkan pada 2028 yang terletak di Dubai.
Namanya adalah Burj Azizi, sinonim dengan nama bangunan terkenal dunia, Burj Khalifa.
Ia dilaporkan akan mencecah ketinggian 725 meter sekali gus memintas ketinggian Merdeka 118 (678.9 meter), bagaimanapun ketika projek diumumkan Februari lalu, ketinggian akhir Burj Azizi masih dirahsiakan pemaju.
Difahamkan juga, kos pembinaan berkenaan akan menelan kos kira-kira $1.5 bilion (bersamaan RM 6.4 bilion), berbeza dengan Merdeka 118 yang menelan kos RM5 bilion.
Ia dikatakan akan mempunyai pangsapuri dan rumah emper mewah, pusat beli-belah, hotel tujuh bintang dan pelbagai lagi.
Sekiranya siapa pada 2028, Dubai bakal muncul sebagai bandar raya yang menempatkan dua bangunan tertinggi dunia, dimana ketika ini rekod bangunan tertinggi dunia masih dipegang Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.