Umum
Gara-gara diserang sekumpulan memerang, Taman Perdana Tanjung Aru diarah tutup pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Insiden itu juga menyebab kumpulan haiwan berkenaan menyerang orang awam yang sedang berjoging di taman itu pada Khamis.
Polis turut melaporkan mangsa mengalami kecederaan pada tubuh badan akibat digigit dan dicakar haiwan tersebut.
Menurut maklumat, ketika kejadian dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berusia 56 tahun sedang berjoging.
Siasatan awal juga mendapati kumpulan memerang itu memasuki taman rekreasi berkenaan untuk mencari makanan di kolam di taman tersebut.