Siapa sangka kes yang terpalit beberapa hari lepas berhubung kes kanak-kanak dieksploitasi, di rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), polis memaklumkan 13 kanak-kanak memiliki rekod pernah diliwat.
Pada sidang media di Pusat Latihan Polis, hari ini melalui siaran langsung di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mendedahkan sembilan individu dikenal pasti diliwat.
“Serbuan bertarikh 2 September lalu, polis terima laporan di Negeri Sembilan dan Selangor terdapat empat mangsa yang diliwat,”
“Siasatan lanjut fasa kedua dalam serbuan pada 11 September lalu pula mendapati sembilan lagi mangsa telah dikenal pasti. Jadi siasatan dibuat di bawah satu kertas siasatan yang sama,” jelasnya.
Semua kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dalam satu kertas siasatan.
Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi Rabu lalu, 392 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.