Polis Berjaya Bongkar Modus Operandi Melibatkan GISB

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Polis melakukan OP Global bagi membongkarkan kegiatan yang melibatkankegiatan melakukan pemerdagangan orang

Siasatan polis mendapati bahawa modus operandi yang dilakukan di rumah amal mempunyai kaitan dengan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) apabila mangsa diajar dan dididik cara meliwat.

Bukan saja dididik perbuatan keji itu malah turut menjadi mangsa liwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi hari ini, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun berjaya diselamatkan dari 20 rumah amal yang dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dijalankan, polis telah mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan melakukan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Mengulas bagaimana cara kumpulan itu beroperasi, selain diliwat dan meliwat, Razarudin berkata, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi lebih kritikal.

Razarudin berkata dalam sidang media ‘Op Global’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,

“Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.

“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam,” katanya , semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan ‘Op Global’ melibatkan kekuatan 705 pegawai dan anggota polis.

Operasi itu turut dibantu 287 individu iaitu rakan strategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi membanteras kegiatan jenayah itu.

Beliau berkata, tujuan utama siasatan ‘OP Global’ setakat ini menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan. Beliau berkata lagi,

“Dalam tempoh 2011 hingga 7 September lalu, polis telah menerima 41 laporan polis terhadap kumpulan perniagaan itu termasuk 19 di Selangor, Negeri Sembilan (13), Perlis (1), Kedah (3),Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (1), Melaka (1), Johor (5),Pahang (2), Terengganu (1) dan Sabah (1).”

Razarudin berkata, berdasarkan siasatan awal polis mendapati setakat ini tiada ahli politik terbabit dalam kegiatan kumpulan itu.

Dalam operasi Op Global Razarudin berkata, pihaknya turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian.

Menurutnya, individu yang ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.

Dalam pada itu, mengulas lagi mengenai kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan, Razarudin berkata, mereka menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan di fasiliti yang disediakan sebelum melakukan proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.

Razarudin berkongsi kesemua proses ini akan mengambil masa selama 14 hari dan masih tertakluk kepada keperluan lain sekiranya ada.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd