Jururawat Direman Seminggu Kerana Terlibat Dengan Kematian Bayi

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Jururawat yang ditahan reman kerana terlibat dengan kematian bayi di pusat jagaan berpantang

Seorang jururawat telah ditahan reman selama tujuh hari kerana dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa didapati meninggal dunia di pusat jagaan berpantang, kelmarin.

Tempoh reman terhadap wanita berusia 22 tahun itu bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Media sebelum ini telah melaporkan bahawa bayi lelaki berusia sebulan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di sini, petang kelmarin.

Bayi berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri pada jam 5.30 petang, selepas diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, dilaporkan berkata mangsa telah di bawa ke Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC) untuk menerima rawatan sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Susulan kejadian itu katanya, polis menahan jururawat terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

@watakongsi.official

Bayi 3 bulan meninggal selepas minum susu beritawatakongsi beritatiktok beritaterkini beritaviral trendingnewsmalaysia fyp malaysia pdrm bayimeninggal jururawat

♬ original sound – WATAKONGSI – WATAKONGSI
© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd