Emak ‘Abang Bas’ Rindu, Kakak Dedah Sesuatu Yang Semua Tak Tahu

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Kakak ‘Abang Bas’ meluahkan ibu kandung tertuduh merinduinya menerusi satu hantaran di laman Facebook. - Gambar dari FB Zarina Sari

Disebalik cerita ‘Abang Bas’ yang ditahan polis selain didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, ada sisi lain sangat meruntun jiwa. 

Ia apabila satu hantaran di laman Facebook pemilik akaun Zarina Sari yang dipercayai kakak tertuduh yang menceritakan ibu Abang Bas itu, merindui anaknya. 

“Emak rindu ‘Abang Bas’, beberapa hari ini tak ada dah Abang Bas nak gomol-gomol emak, baring dalam bilik emak sembang-sembang sambil selongkar bilik emak,”

“Mana yang tak kena pada matanya, mesti disuruh emak cepat-cepat buang, daripada buat sampah dalam bilik,”

“Kakak-kakak yang selalu kena tinju, smack down ikut miang dia datang, Allahu, ‘Abang Bas’ pakcik terpaling sayang anak-anak buah dia,” 

“Dari anak buah yang sulung sampai sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau, berkejar satu rumah, inikan pula 4 tahun,”

“Biarpun seluruh dunia bergetar menghinanya, semoga dimata-Mu, ‘Abang Bas’ adalah yang istimewa disisi-Mu,”

“Ya Allah, engkau ampunilah khilaf ‘Abang Bas’, Engkau angkatlah dosa-dosanya dan permudahkan urusannya menghadapi ujian-Mu,”

“Hanya Engkau yang Maha Mengetahui ya Allah,” kata Zarina dalam hantarannya yang mendapat lebih 1,300 perkongsian dan 1,100 komen di Facebook. 

Terdahulu, media melaporkan ‘Abang Bas’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, semalam atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd