Jojo Bangkit, Kemenangan Untuk Malaysia

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Perlawanan ini sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan sejumlah AS$50,000 (RM216,699)

Malaysia boleh!!!

Ayat keramat daripada jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berjaya menewaskan pertarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.

Aksi cemerlang Jojo pada siri 168 – gambar daripada Vocket

Perlawanan ini sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan sejumlah AS$50,000 (RM216,699).

Paling bermakna, kejayaan itu berjaya diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Selepas selesai perlawanan, Jojo berkongsi kegembiraan atas kemenangan yang diperoleh sambil meluahkan rasa syukur,

“Pertama sekali, saya mengucapkan Alhamdullillah atas kemenangan ini.

“Saya telah meletakkan usaha keras untuk berada di tahap ini.

“Assalamualaikum buat rakyat Malaysia, Malaysia boleh, Alhamdullillah!”

Justeru, kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 167 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd