Bonnie Bawa Pulang Emas, Pecah Rekod Dunia

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya merangkul pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga sekaligus berjaya memadam rekod dunia diciptanya sebelum ini iaitu 231kg.

Aksi Bonnie apabila berjaya mengangkat 232kg – gambar daripada MalaysiaPost

Selain itu, acara angkat berat ini menyaksikan Bonnie mengumpul dua pingat emas di pentas Sukan Paralimpik selepas kali pertama pada edisi Tokyo 2020.

Hu Peng dari China yang membuat angkatan terbaik 214kg raih pingat perak manakala pingat gangsa dimenangi wakil Itali Donato Telesca menerusi rekod 213kg.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd