Sabah Belum Bersedia Jadi Penganjur Bersama Untuk Sukan SEA 2027?

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Sabah belum bersedia menjadi penganjur bersama kerana kemudahan sukan di Sabah masih perlu ditingkatkan.

Tiada angin tiada ribut, Kerajaan Sabah hari ini mengeluarkan kenyataan dimana negeri di bawah bayu itu tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan bagi penganjuran bersama (co-host) temasya Sukan SEA 2027. 

Malah Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Sabah juga belum bersedia menjadi penganjur bersama kerana kemudahan sukan di Sabah masih perlu ditingkatkan. 

Perkara itu dikongsi Datuk Seri Masidi di laman X, dengan memaklumkan perkara itu disahkan pada mesyuarat mingguan Kabinet negeri, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan, Sabah bersama Pulau Pinang antara negeri terbaru selain Sarawak yang turut bersetuju untuk mengeluarkan ‘duit poket’ sendiri dengan nilai keseluruhan penganjuran dianggarkan berjumlah 700 juta ringgit untuk menjadi hos bersama Kuala Lumpur bagi temasya dwitahunan itu. 

Dilaporkan juga kerajaan Sarawak bersetuju menampung 50 peratus iaitu lebih RM300 juta, manakala Sabah RM100 juta dan Pulau Pinang pula RM15 juta.

Sementara pada Julai lalu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin mengesahkan dipelawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sama-sama menganjurkan sukan berkenaan.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah juga difahamkan sudah menghantar beberapa cadangan mengenai acara sukan yang sesuai di negeri ini

Namun perkara itu tertakluk kepada hasil perbincangan dengan kerajaan negeri.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd