Warga Emas Maut Selepas Motorsikal Honda Wave Bertembung Y-Suku

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Kedua-dua mangsa tercampak dan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lelaki maut apabila motosikal mereka bertembung di Jalan Salor – Pasir Mas, berhampiran RBI Jaya Canopy, Kota Bharu, Kelantan petang semalam. 

Memetik laporan Harian Metro, kemalangan berlaku pada pukul 5.40 petang, melibatkan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR berusia 28 tahun dan penunggang Honda Wave berumur 79 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd