Insiden Mendapan Tanah: Objek Tersekat Antara Punca Operasi Bomba Berdepan Kesukaran

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Pasukan Penyelam JPBM berdepan situasi mendebarkan apabila melakukan selaman awal pagi ini, ekoran mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua.

Insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India terus menyaksikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berdepan kesukaran dalam operasi  mencari wanita warga India yang hilang. 

Ia apabila Pasukan Penyelam JPBM berdepan situasi mendebarkan apabila melakukan selaman awal pagi ini, ekoran mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter (m) semalam.

Menurut laporan Bernama, dua anggota bomba yang lengkap berpakaian skuba turun ke lubang berkenaan pada 3.06 pagi dengan diawasi rapi oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain.

Namun kurang daripada setengah jam, mereka ditarik naik menggunakan untuk keluar dari lubang berkenaan dengan bantuan anggota lain sebelum dinyahkuman dan dibersihkan.

Seorang daripada penyelam terbabit sempat memaklumkan secara ringkas kepada media, mereka tidak dapat menghampiri lokasi objek tersekat disebabkan keadaan arus air di dalam lurang kumbahan itu.

Setakat 4.30 pagi tadi, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JBPM kepada pihak media yang setia menanti sejak tengah malam tadi berhubung usaha terbaharu SAR itu.

Insiden tanah jerlus itu telah menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi SAR memasuki hari ketujuh hari ini.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd