Kereta Peronda Polis Dirempuh Ketika ‘Eskot’ Tahanan

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik
Kejadian insiden tersebut menyebabkan kereta peronda tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian depan, serta di bahagian beg udara (airbag) depan kiri dan kanan

Sebuah kereta peronda polis yang sedang dalam tugasan iringan (eskot) kenderaan polis yang membawa tahanan, rosak akibat rempuhan dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di sebuah kawasan persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata insiden sekitar jam 8.05 pagi kelmarin turut mengakibatkan anggota polis berpangkat Koperal yang memandu kereta peronda polis jenis Honda Civic 1.5L E (Spanco) mengalami cedera ringan apabila luka lengan kiri.

Katanya, insiden tersebut menyebabkan kereta peronda tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian depan, serta di bahagian beg udara (airbag) depan kiri dan kanan.

Manakala kereta Perodua Kelisa yang melanggarnya mengalami kerosakan bumper hadapan kiri, lampu depan kiri, rim kiri, fender, dan bahagian pintu hadapan kiri.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta peronda berkenaan dari Lokap Balai Polis Menglembu menghala ke Lokap Balai Polis Kg Rapat melalui Jalan Sultan Nazrin Shah dalam tugasan eskot tahanan.

Abang Zainal berkata, apabila menghampiri dan sampai di persimpangan lampu isyarat persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, kereta peronda itu sedang dalam mod siren dibunyikan dengan pemandunya turut mengangkat isyarat tangan bagi menghentikan kenderaan di persimpangan kiri.

Tiba-tiba dari arah persimpangan kiri Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berumur 34 tahun yang tidak berhenti di persimpangan dan kemudiannya terus melanggar bahagian sisi depan kereta polis terbabit.

Apabila mereka sampai di persimpangan lampu isyarat ia menghampiri persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah di sebelah kiri dengan mengangkat isyarat tangan dalam keadaan siren dibunyikan untuk menghentikan kenderaan di persimpangan kiri.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berada di dalam kereta peronda tersebut manakala satu lagi anggota tidak mengalami kecederaan, sementara pemandu Perodua Kelisa juga turut tidak cedera.

Beliau berkata, kemalangan didapati berpunca apabila Perodua Kelisa berkenaan tidak menghentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan polis yang dalam keadaan siren dibunyikan terbabit.

Abang Zainal Abidin berkata, tiada tangkapan dibuat, namun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial tentang rakaman video kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi 9 saat memaparkan detik berlaku insiden berkenaan.

Menerusi video tersebut, kelihatan kereta peronda polis sedang melepasi persimpangan jalan di Jalan Sultan Azlan Shah, sambil membunyikan sirennya namun sebaik sahaja kereta peronda berkenaan melintas di hadapan kenderaan pemilik ‘dashcam’, secara tiba-tiba datang sebuah kereta Kelisa memecut laju di sebelah kiri kenderaan pemilik ‘dashcam’.

Tindakan pemandu Perodua Kelisa itu telah menyebabkan berlaku rempuhan dan pelanggaran dengan bahagian hadapan MPV polis berkenaan.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd