Skuad bola tampar wanita Sarawak hampir selangkah untuk menamatkan penantian lebih sedekad untuk merangkul emas apabila membenam cabaran Wilayah Persekutuan 3-0 pada peringkat separuh akhir di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, hari ini.
Skuad yang baru dibentuk tiga bulan itu tidak berdepan masalah untuk merakam kemenangan set pertama, 24-14.
Rentak kemenangan itu diteruskan anak buah Sanong Kulchim apabila tidak menafikan kebangkitan Wilayah Persekutuan apabila rakus membenam skuad itu 25-10 di set kedua.
Skrip sama turut berulang di set ketiga, Sarawak mendominasi sepanjang permainan sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan 25-13 di Stadium Bola Tampar, Taman Rejang, Sibu.
Kali terakhir Sarawak meraih pingat emas acara bola tampar wanita adalah pada SUKMA 2013 dan pada edisi lepas meraih gangsa.
Perlawanan akhir antara Sarawak dan Selangor akan berlangsung pada Jumaat ini.