
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan bahawa mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang merupakan Nidza Afham.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
Hussein Omar berkata, mayat ditemui kira-kira pada jam 7 petang. Mayat dipercayai merupakan adik penyanyi yang dilaporkan hilang (Nidza Afham).
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mangsa telah dilaporkan hilang jam 7.45 petang semalam. Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 11.53 malam.
Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Nidza Afham yang juga merupakan abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum mula melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.