PERKAHWINAN merupakan satu momen indah dalam hidup, apatah lagi jika meraikan persandingan bak raja sehari.
Tampil berbeza pada persandingan tahun ini, wartawan dan pembaca berita salah satu stesen televisyen termuka tanah air, Siti Khadijah Jaafar bersama suami, mengundang perhatian netizen baru-baru ini.
Mana tidaknya, Zoo Negara menjadi lokasi dan persandingan pilihan pasangan pengantin itu.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut diiringi sekumpulan 10 ekor burung upih yang menjadi dayang dalam acara perkahwinan itu, menuju ke Dewan Kancil yang antara menjadi perkhidmatan baru di Zoo Negara.
Lebih manis, tetamu yang hadir bukan setakat meraikan pasangan malah turut berpeluang mendekati haiwan eksotik yang ada di zoo berkenaan.
Tetamu berpeluang mendekati beberapa spesies haiwan seperti ular sawa albino, pelbagai jenis burung dan arnab di ruang mini zoo.
Orang ramai yang berminat menyewa kemudahan di Zoo Negara boleh melayari laman sesawang destinasi pelancongan popular itu.