Gangguan Siber Global: Bank, Lapangan Terbang, Hospital, Media Terjejas

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

DUNIA hari ini mengalami gangguan global IT menyaksikan beberapa syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal dunia seakan lumpuh seketika.

Ia sekali gus menjadi punca kepada kelewatan dan gangguan operasi di seluruh dunia.

Lapor Astro Awani, perisian dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike, mengalami gangguan terbesar apabila mesin pelayan (server) menghadapi masalah BSOD ataupun Blue Screen of Death yang memaksa ia ditutup.

Isu ini disebabkan kegagalan rangkaian penghantaran kandungan (CDN).

Tugasnya membantu laman web dimuatkan dengan lebih pantas dengan menyimpan salinan kandungannya di tempat yang berbeza di seluruh dunia.

Apabila ia mengalami masalah, ia menjejaskan semua laman web yang bergantung padanya.

Beberapa negara Singapura, Australia dan Amerika Syarikat hadapi masalah berkenaan.

Sementara lapor media tempatan lain, Malaysia tidak terkecuali daripada terkena gangguan IT itu.

Pelbagai sektor kritikal terkesan antaranya saluran televisyen, lapangan terbang dan bank.

Dalam kenyataan dikeluarkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), kesan gangguan IT itu terhadap Malaysia besar sehingga menjejaskan operasi pelbagai sektor.

Sehingga saat ini, pakar sedang meneliti masalah tersebut bagi mengelakkan ia berlaku pada masa depan.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd