Rangka Dinosour Stegosaurus Akan dilelong Pada Harga RM207.9 Juta

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Anda peminat dinosour? Nak tahu tak sekarang mereka sedang menjual rangka dinosaur terbesar yang pernah mereka jumpa. Memang kali ini pecah rekod jualan tertinggi berjumlah AS$44.6 juta (RM208.05 juta) dalam satu acara lelongan di bandar raya New York.

Gambar daripada Harian Metro

Sotheby’s berkata, rangka stegosaurus yang mendapat gelaran Apex itu dianggarkan berusia 150 juta tahun. Dikatakan angka ini paling lengkap pernah ditemukan.

Apex ditemukan pada bulan Mei 2022 di tanah persendirian milik ahli Paleontologi, Jason Cooper.

Rangka ini memiliki ketinggian 3.3 meter (m) dan sepanjang 27 kaki (kira-kira 8.3 m) bersama 254 unsur tulang fosil daripada jumlah anggaran 319.

Gambar daripada Harian Metro

Kalau ikut rekod lelongan sebelum ini mencapai AS$31.8 juta (RM148.34 juta) untuk rangka dinosaur pada 2020 bagi Tyrannosaurus Rex (T-rex) yang digelar Stan.

Justeru, Sotheby’s menjangkakan Apex akan terjual antara AS$4 juta (RM19 juta) hingga AS$6 juta (RM28 juta), tetapi harganya lebih cepat melonjak apabila pembida telefon turut serta dalam membinda harga.

Menurut Sotheby’s, mereka bekerjasama dengan Cooper untuk mendokumentasikan keseluruhan proses, bermula daripada penemuan dan penggalian kepada pemulihan, penyediaan dan pemasangan untuk menjamin standard dan ketelusan tertinggi.

Pada tahun 2022, pihak syarikat lelong, Christie’s terpaksa menarik balik satu rangka T-rex beberapa hari sebelum dilelong di Hong Kong kerana timbul keraguan tentang keasliannya.

Walaupun rangka stegosaurus itu sudah dipamerkan di seluruh dunia tetapi menurut Sotheby’s, Apex adalah 30 peratus lebih besar daripada Sophie, stegosaurus paling lengkap pernah dipamerkan kepada awam setakat ini yang ditempatkan di Muzium Sejarah Alam di London.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd