The Simpsons Ramalan Kena Lagi. Netizen Heboh Gambar Trump dalam Keranda

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Dunia heboh apabila terdapat percubaan ingin membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump apabila ditembak seorang pemuda.

Tular di platform X, pengguna media sosial berkongsi siri kartun popular The Simpsons apabila pernah membuat ramalan tentang peristiwa yang berlaku

Gambar daripada Times Now

Pengguna media sosial mula memberi pendapat masing-masing bahawa ramalan Simpsons banyak yang benar. Tapi penerbit eksekutif The Simpsons memberi penjelasan bahawa cerita itu hanya rekaan yang tak berasas dan palsu.

Gambar daripada NDTV

Terdahulu, media sosial menjadi kecoh apabila Trump diserang seorang individu namun pihak Pegawai Perkhidmatan Rahsia AS berjaya menembak mati individu tersebut yang melakukan serangan.

Trump berjaya menyelamatkan diri dan menerima rawatan di hospital. Namun, orang ramai masih belum reda membuat spekulasi kejadian yang berlaku sangat mirip dengan episod kartun The Simpsons.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd