BEKAS PELAJAR UPSI HILANG SELEPAS MENGHANTAR KERETA SEWA

Jom ikuti kami di Facebook & Tiktok untuk dapatkan berita terkini dan update yang menarik

Tular di media sosial tentang kehilangan  Nur Farah Kartini yang gagal dihubungi selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan pada hari Rabu yang lalu.

Gambar Nur Farah Kartini – sumber PDRM

Nur Farah Kartini bekerja di sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim turut merupakan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung bersama seluar slek hitam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nadir berkata, pihak polis menerima laporan kehilangan wanita itu daripada rakan sekerjanya jam 1.56 pagi pada Khamis.

Justeru, polis memohon jasa baik orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-4596122 atau mana-mana balai polis berdekatan.

© 2024 Watakongsi. All Rights Reserved.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd